Ads

Tuesday, March 31, 2015

GST

Memang ada penolakan kecil dalam hati pasal gst ni, tapi kita boleh buat apa? semua dah siap, kertas kerja telah dipersetujui, semua telah dilaksana.

apa boleh kita buat? ok kita cari penyelesaian. 

kita betul-betul kena rajin sekarang. Tak boleh kata tak rajin. Rajin dalam buat kira-kira dalam bajet harian. kurangkan makan diluar, kurangkan aktiviti yang melibatkan pembelian rambang. semua kene planning. 

buat satu-satu. 

Apakah perkara/fakta mengenai GST yang perlu diketahui oleh rakyat?

Pada masa kini, Kementerian Kewangan sedang menganjurkan beberapa program kesedaran mengenai GST khusus untuk orang awam serta peniaga. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu orang awam serta peniaga supaya mereka lebih memahami model GST yang dicadangkan di Malaysia, mekanisme GST serta langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi menangani isu-isu yang berhubungkait dengan GST.
Rakyat perlu tahu bahawa GST dikenakan dan dipungut ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dihasilkan di dalam negara termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Hanya perniagaan yang berdaftar dengan GST boleh mengenakan GST. GST yang dipungut ke atas output hendaklah dibayar kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, peniaga dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai input.
Rakyat hanya perlu membayar GST sekiranya mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang bercukai. Sekiranya tidak, rakyat tidak akan terkesan dengan GST.

Jum, kita buat checklist, barang apa yang tidak kene GST, dan barang apa yang kene, kita kene bersuara, orang  kita ni, pandai "complaint" tapi tak berani bila depan-depan. Nak cakap sesuatu yang tak puas hati, bersuara. 
cari penyelesaian. 

No comments: