Orang Yang Kurang Prihatin
(OKP)
1. OKP mempunyai keazaman yang teguh untuk sampai ke destinasi mereka.
Baginya untuk sampai ke Puncak Gunung Everest adalah matlamat! - Orang bercakap-cakap, "tak bahaya ke?" "tak payah la daki, buang masa!" Banyak lagi perkara lain yang kau boleh buat selain mendaki ke puncak selama 3 bulan!!"
OKP memahami bahawa kejayaan memerlukan ketabahan! ketabahan dan kesabaran. Dan halangan yang datang, adalah cabaran dan motivasi diri! dan bukannya mendengar pendapat, kata-kata orang lain!
2. OKP tahu pendapat orang ramai berada dalam "Pasang-surut" (Berubah-ubah).
Kita semua berada dalam keadaan yang berterusan berubah-ubah dan tak seimbang.
Harini kita boikot McD, esok kita pergi makan balik. (Boikot bermusim)
Menurut ahli-ahli falsafah dan ahli teori, kita sebagai manusia, memang sentiasa berubah-ubah. Orang berjaya atau orang luar biasa tahu bahawa pendapat orang biasa-biasa boleh digagalkan dengan kejayaan mereka!
3. OKP adalah orang yang ada gol!
Orang yang berjaya tahu kehidupan mereka adalah menjadi satu tanggugjawab buat mereka. Jika berlaku kesilapan dalam kehidupan mereka, mereka menanggung beban dan tidak menyalahkan orang lain. Oleh itu, mereka akan memastikan bahawa mereka mencapai impian dan keinginan mereka.
Malah apabila Thomas Edison diberitahu dia terlalu bodoh untuk mempelajari apa-apa, dia masih pergi ke hadapan untuk berpegang kepada 1,000 paten ideanya. Ia adalah tanggungjawab beliau untuk berjaya dan bukan guru-gurunya!
4. OKP memahami bahawa hidup ini adalah terlalu pendek.
Mereka menghargai intipati kewujudan mereka dan mengapa ia adalah perlu untuk membuat setiap apa yang dilakukan bukan sia-sia.
Sengaja melecehkan atau termakan dengan pendapat orang lain, bagi mereka itu hanyalah gangguan!, Mereka akan memberi tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan, dari sibuk untuk bertanya pendapat orang lain.
Percaya dengan pilihan diri sendiri. Itu perlu dijadikan latihan!
5. OKP tahu apa yang terbaik untuk diri mereka.
Apa yang berlaku kepada orang lain mungkin tak kena pada anda.
Orang yang berjaya tidak belayar pada kapal orang lain tetapi dengan kapal mereka sendiri, kerana mereka tahu bahawa hanya kapal mereka sendiri (yang dah biasa, iaitu pengalaman sendiri) boleh membawa mereka ke pulau impian mereka.
6. OKP adalah orang yang konsisten.
Mereka memahami bahawa kejayaan memerlukan konsisten. Untuk berjaya kekal lah di satu landasan dan bukannya melalui beberapa laluan yang lain. Pendapat orang boleh menjejaskan konsisten ini dan pendapat mereka ini boleh diabaikan.
7. OKP tahu bahawa mereka tidak boleh mengembirakan semua orang.
Ini adalah kebenaran. Tidak semua orang akan melihat dunia dengan cara yang sama anda melihatnya. Hidup dengan menurut kata orang lain hanya akan membawa anda sedih dan kecewa. Oleh itu, orang berjaya hanya cuba untuk membantu diri mereka sendiri sahaja.
8. OKP boleh menguruskan kehidupan mereka yang rumit dengan baik.
Kebanyakan orang suka melibatkan orang lain dalam menyelesaikan masalah hidup mereka. Tetapi orang yang berjaya dapat menangani kehidupan rumit mereka dengan memberikan kurang perhatian kepada orang lain.
9. OKP adalah orang yang sentiasa mencari kunci kebebasan!
Orang yang berjaya, adalah tahu yang diri mereka bukan banduan.
Bayangkan perasaan Walt Disney selepas dipecat oleh editor akhbar, dengan alasan beliau "kekurangan imaginasi."? Tapi beliau terus cuba untuk mendapatkan kebebasan.
Menurut Lao Tzu, "mengambil berat tentang apa yang orang lain fikir hanya akan membuatkan anda banduan mereka."
10. OKP tidak perlukan kelulusan dari sesiapa.
Apa sahaja perkara yang OKP mahukan (Impian), tidak memerlukan kelulusan/kebenaran oleh sesiapa! kerana ia benar-benar tidak perlu! . Kejayaan adalah kejayaan! "it speaks for itself"!
Orang ramai boleh berfikir apa sahaja yang mereka mahu tetapi TANGGUNGJAWAB KEJAYAAN adalah terletak di tangan kita sendiri!
No comments:
Post a Comment