Ads

Wednesday, April 29, 2015

6 Tips Berjaya dan Bergaya Ala Richard Branson



1. Bersenam

Tuan Richard gemar memulakan hari dengan berenang atau bermain tenis di Pulau Necker. 
"Badan sihat, automatik minda akan jadi cergas!" 



2. Buat Senarai (To -Do -List)

"Saya sentiasa memastikan kehidupan seharian saya dengan membuat senarai" 

senarai orang untuk berjumpa/membuat panggilan,
senarai idea-idea, 
senarai syarikat-syarikat yang ditubuhkan, 

senarai adalah sesuatu yang boleh membuat perkara berlaku!
Setiap hari Tuan Richard bekerja melalui senarai ini, dan baginya senarai menggerakkan beliau sentiasa ke hadapan.



3. Cinta apa yang anda lakukan 

"Saya tidak berfikir kerja sebagai kerja dan bermain sebagai permainan. Sebab semuanya adalah "kehidupan" bagi saya"



4. Jangan dapatkan akauntan terlalu awal untuk bisnes yang baru

"Saya tidak pernah ada akauntan sebelum saya memulakan perniagaan. Hanya mengikut gerak hati."



5. Seni  "delegation" (Pembahagian kerja)

Anda perlu memahami seni "delegasi". Saya perlu menjadi orang yang membantu kakitangan saya dalam perniagaan,  dan saya perlu bersedia untuk mengambil risiko. 

Syarikat saya perlu terus wujud supaya ia boleh terus bergerak walaupun tanpa kehadiran saya.


6. Tetapkan diri anda dengan matlamat yang tinggi!

 Minat saya dalam hidup datang dari diri saya sendiri dengan menetapkan matlamat yang tinggi, cabaran mungkin sukar untuk dicapai tapi saya cuba untuk naik lebih dari  matlamat yang saya sendiri tetapkan. 






No comments: